Kuala Lumpur: Muat naik gambar atau video di Instagram untuk peluang menang finger pulse oximeter bernilai RM130.

Hadiah ini menanti pemenang peraduan Kita Malaysia Harian Metro (HM) bersama Pharmacap Group Sdn Bhd sempena sambutan Hari Malaysia.

Menerusi pertandingan ini, 20 unit finger pulse oximeter bakal dimenangi 20 peserta dengan gambar dan kapsyen menarik.

Peserta hanya perlu memuat naik gambar atau video bertemakan Hari Malaysia yang menunjukkan anda rakyat Malaysia beserta kapsyen menarik di akaun Instagram masing- masing.

Setiap post Instagram itu juga perlu disertakan dengan tanda pagar #HarianMetroBersamaMyFarmasi, #MalaysiaPrihatin dan #KitaMalaysia serta perlu tag tiga rakan, @hmetromy dan @myfarmasi.co.

Akaun anda juga mesti ditetapkan ke mod "Umum."

Peserta dan rakan-rakan juga perlu mengikuti akaun Instagram @hmetromy dan @myfarmasi.co.

Seramai 20 peserta dengan gambar dan kapsyen menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Pertandingan ini berlangsung sehingga 18 September 2021.

Syarat-syarat penyertaan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kecuali kakitangan pihak penganjur (Harian Metro, Media Prima, Pharmacap Group Sdn Bhd).

2. Peserta diminta untuk mengambil gambar diri mereka (atau dengan rakan / keluarga) dengan tema Hari Kebangsaan (Tunjukkan kepada kami bahawa anda orang Malaysia) semasa tempoh peraduan.

Foto tersebut mestilah dimuat naik ke akaun Instagram Peserta dan Peserta diminta meletakkan tanda pagar #HarianMetroBersamaMyFarmasi #KitaMalaysia #MalaysiaPrihatin dan tag @hmetromy @myfarmasi.co dan juga tag 3 rakan di pos tersebut.

3. Peserta dan rakan yang anda tag mestilah mengikuti profil Instagram @hmetromy dan @myfarmasi.co. Akaun mesti ditetapkan ke mod "Umum."

4. Peserta mestilah pemilik entri atau diberi kuasa secara sah oleh pemilik untuk menghantar penyertaan bagi pihaknya.

5. Penyertaan yang dihantar TIDAK boleh mengandungi yang berikut:
i) Agama, bangsa, politik atau kandungan seksual.
ii) Bahasa kasar.
iii) Iklan untuk produk, perkhidmatan atau laman web lain.
iv) Bahan berhak cipta atau tanda dagang milik pihak ketiga (melainkan dibenarkan oleh pihak ketiga secara sah untuk menggunakan bahan tersebut).
v) Apa-apa sebab lain untuk penolakan mengikut budi bicara HM.

6. Dengan menghantar entri untuk tujuan Peraduan, Peserta mengesahkan dan mengakui bahawa Peserta adalah pemilik entri, atau mempunyai hak atau izin untuk membenarkan HM menggunakan, menyunting, menerbitkan dan memanfaatkannya tanpa syarat.

7. Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan untuk Peraduan tetapi hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan untuk hadiah dengan Peserta yang sama.

8. 20 pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti gambar dan kapsyen.

9. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang aduan, pertikaian dan surat-menyurat tidak akan dilayan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 September 2021 @ 12:26 PM