SOALAN soal selidik yang dipapar di FB dan Twitter Harian Metro.
SOALAN soal selidik yang dipapar di FB dan Twitter Harian Metro.
Yusmizal Dolah Aling


SEBANYAK 72 peratus peserta soal selidik di Facebook (FB) Harian Metro bersetuju bahawa golongan ibu lebih memilih minuman kordial untuk keluarga berbanding minum ringan.

Seramai 22,111 menyertai soal selidik menerusi FB Stories dengan 72 peratus atau 15,973 bersetuju manakala 28 peratus atau 6,138 tidak bersetuju.

Soal selidik itu dijalankan selama tiga hari bermula 27 Ogos lalu.

Sementara itu, soal selidik sama turut dipaparkan di Twitter @hmetromy selama tiga hari bermula 25 Ogos lalu.

Seramai 891 peserta menyertai soal selidik itu dengan 83 peratus daripadanya bersetuju manakala 17 peratus tidak bersetuju.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2020 @ 4:00 PM