SUMBANGAN Bakul Prihatin untuk keluarga yang memerlukan. FOTO Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
SUMBANGAN Bakul Prihatin untuk keluarga yang memerlukan. FOTO Facebook Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima 466,216 permohonan bagi Bakul Prihatin Negara, sehingga semalam.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, daripada jumlah permohonan itu 110,174 individu sudah menerima bantuan dan memberi manfaat kepada 388,801 isi rumah di seluruh negara.

"Saya tahu masih ramai di luar sana yang memerlukan bantuan. Alhamdulillah, Program Bakul Prihatin Negara terus giat dilaksanakan walau apa jua keadaan demi membantu rakyat dalam tempoh yang mencabar ini.

"Terima kasih kepada syarikat korporat yang menyokong usaha kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

"Semoga usaha murni ini akan memberi dorongan kepada sektor swasta lain untuk turut bersama-sama memberikan bantuan," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Sementara itu, Mohd Zuki turut menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga yang memerlukan di sekitar Putrajaya bersama Ketua Setiausha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr Maziah Che Yusoff dan JKM.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Ogos 2021 @ 1:16 PM