LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Seramai tiga lagi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali 'Geng Sakai' akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke mahkamah pada jam 9 pagi.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah berkenaan.

Seramai 19 ahli daripada 23 orang disyaki ahli Geng Sakai yang ditahan sudah didakwa di mahkamah sama pada 13 Julai lalu.

Pada Jun lalu, polis berjaya menumpaskan kumpulan penjenayah terbabit susulan penahanan 24 ahli di sekitar ibu negara, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, kumpulan itu dipercayai aktif melakukan jenayah sejak tahun 2012 diketuai seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun dikenali sebagai Sakai.

Menurutnya, siasatan mendapati keahlian kumpulan berkenaan dianggarkan berjumlah kira-kira 50 orang dan melakukan pelbagai jenayah antaranya bunuh, kekerasan harta benda, pemilikan senjata api, gengsterisme dan pengedaran dadah.

Berita berkaitan:

  • Geng Sakai didakwa [METROTV]
  • Geng Sakai tumpas dalam Op Fortress [METROTV]
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Ogos 2021 @ 8:02 PM