ARTIKEL dimuat naik ke laman media sosial berhubung penjualan sijil digital vaksinasi. FOTO Ihsan Pembaca
ARTIKEL dimuat naik ke laman media sosial berhubung penjualan sijil digital vaksinasi. FOTO Ihsan Pembaca
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis menerima laporan berhubung penjualan sijil digital vaksinasi Covid-19 palsu selepas artikel dimuat naik seorang individu di Facebook.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Sri Abd Jalil Hassan berkata, susulan itu pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berkenaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Memberikan maklumat palsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

"Polis menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan aktiviti memalsukan dan menjual sijil digital palsu," katanya.

Menurutnya, orang ramai juga diminta untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti berkenaan.

Terdahulu, tular satu gambar yang dimuat naik seorang individu mendakwa sijil digital palsu mula dijual.

Sijil berupa kad itu dipercayai dicetak dan dipromosikan di media sosial.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Ogos 2021 @ 9:32 PM