Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Pengerusi sebuah koperasi di Terengganu direman selama tujuh hari kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus sebuah syarikat milik koperasi.

Perintah reman terhadap suspek berusia 60-an itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa.

Ia bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan.

Suspek sebelum ini ditahan di pejabat SPRM Terengganu kira-kira jam 3.50 petang semalam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM.

Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Ogos 2021 @ 1:06 PM
Pengerusi sebuah koperasi di Terengganu direman selama tujuh hari di mahkamah tinggi Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus sebuah syarikat milik koperasi.  FOTO GHAZALI KORI