ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang hilang sejak semalam di Johor. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba mengangkat mayat lelaki yang hilang sejak semalam di Johor. FOTO Ihsan Bomba.
Mary Victoria Dass


Iskandar Puteri: Misteri kehilangan seorang lelaki berusia 45 tahun sejak semalam, terjawab apabila mayatnya ditemui di kawasan tadahan air berhampiran Taman Nusa Indah di sini, hari ini.

Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan itu pada 12.29 tengah hari dan operasi mencari dilaksana anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri.

Menurutnya, kehilangan lelaki itu yang dikenali Lee Jiann Weng dilapor isterinya, dengan mangsa dikatakan hilang pekerjaan di Singapura dan mengalami masalah kesihatan.

"Usaha mengesan lelaki itu dilakukan di sekitar kawasan berkenaan dan mayat mangsa ditemukan di kawasan tadahan air kira-kira sejauh 200 meter dari kediamannya," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JBPM Johor berkata, pasukan menggunakan 'body bag' dan 'junkin stretcher' bagi mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 2.48 petang hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Jun 2021 @ 7:54 PM