ANGGOTA PPM Lahad Datu menahan bot pam dinaiki empat individu warga Filipina di perairan laut Tungku, Lahad Datu, hari ini. FOTO ihsan PPM
ANGGOTA PPM Lahad Datu menahan bot pam dinaiki empat individu warga Filipina di perairan laut Tungku, Lahad Datu, hari ini. FOTO ihsan PPM
Juwan Riduan


Lahad Datu: Sebuah bot pam bersama empat pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina diusir ketika cuba menceroboh masuk perairan negara di perairan laut Tungku, di sini, hari ini.

Semua mereka berusia antara 20 hingga 50 tahun itu diusir Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu, ketika melakukan rondaan Operasi Benteng Covid-19 pada 10 pagi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, PPM Lahad Datu mengesan dan memintas satu bot pam dalam keadaan mencurigakan yang cuba memasuki perairan negara.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot pam dinaiki dinaiki tiga lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa.

"Temubual awal ke atas juragan dan penumpang bot memberitahu berasal dari Sitangkai, Filipina, dan hendak menuju ke Telisai Tungku.

"Juragan dan penumpang bot didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan sah ketika diperiksa," katanya di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 8:59 PM