GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin


Sungai Buloh: Seorang lelaki Myanmar meninggal dunia selepas basikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Subang-Sungak Buloh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 7.43 malam.

"Siasatan awal mendapati basikal ditunggang mangsa, Kyaw Min, 45, dari bahu jalan melintas ke lorong paling kanan di lokasi kejadian.

"Motosikal ditunggang seorang lelaki, Muhammad Hariz Azman, 22, yang datang dari arah belakang berada di lorong paling kanan tidak sempat mengelak lalu langgar penunggang basikal terbabit.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang juga pekebun bunga itu parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafa'aton berkata, penunggang motosikal berkenaan yang juga penghantar makanan pula cedera di kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

"Kejadian itu menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit rosak akibat kemalangan berkenaan.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Jun 2021 @ 9:54 AM