ORANG ramai beratur di sebuah pasar raya di Sungai Udang.FOTO Nazri Abu Bakar
ORANG ramai beratur di sebuah pasar raya di Sungai Udang.FOTO Nazri Abu Bakar
Nazri Abu Bakar

Melaka: Pengumuman sekatan pergerakan penuh di seluruh negara selama 14 hari bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan mendorong orang ramai di bandaraya ini membeli keperluan harian lebih awal.

Tinjauan di Sungai Udang dan Cheng di sini mendapati penduduk mengambil kesempatan membeli barangan dapur tiga hari lebih awal sebagai stok untuk tempoh terbabit.

Bagi Zalehah Mansor, 53 berkata, dia membeli lebih awal bagi mengelak beratur lebih panjang dalam tempoh tiga hari lagi.

"Bagaimanapun, saya mendapati ramai yang berfikiran sama sehingga kami perlu beratur panjang untuk masuk pasar raya.

"Namun saya lega kerana jika ada lagi keperluan yang tertinggal saya ada masa lagi untuk berbuat demikian.

"Malah, barang keperluan juga mencukupi dan harganya masih sama, jadi tidak menimbulkan panik dalam kalangan penduduk," katanya di sini, hari ini.

Zalehah turut memuji langkah kerajaan melaksanakan perintah sekatan penuh pergerakan kerana situasi terkini Covid-19 di Malaysia agak membimbangkan.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Mei 2021 @ 3:58 PM