Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 11 kluster baharu Covid-19 hari ini, dengan lima daripadanya kluster komuniti, empat kluster pendidikan dan kluster tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pendidikan itu membabitkan dua institusi di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu Kluster Sains Bakam di Sarawak dan Kluster Kiara Jaya di Kedah.

"Kluster Sains Bakam membabitkan pelajar di Miri, yang mana kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, 464 individu disaring dan 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, Kluster Kiara Jaya pula menyebabkan penularan di Kuala Muda, Kedah dan Titiwangsa, Kuala Lumpur selepas kes indeks positif Covid-19 pada 26 April, dengan kluster menjangkiti kakitangan sebuah sekolah di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kuala Muda.

"Sehingga 2 Mei 2021, sejumlah 67 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini," katanya.

Menurutnya, lima kluster komuniti pula ialah Kluster Sungai Tengah, Sarawak; Kluster Sungai Sebemban, Sarawak; Kluster Sebujok, Sarawak; Kluster Jalan Sri Putri 12, Johor dan Kluster Jalan Emas, Melaka.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Mei 2021 @ 9:35 PM