SEBAHAGIAN yang hadir pada Perhimpunan di laluan pintu masuk Parlimen, semalam. FOTO Azhar Ramli
SEBAHAGIAN yang hadir pada Perhimpunan di laluan pintu masuk Parlimen, semalam. FOTO Azhar Ramli
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis akan memanggil penganjur dan peserta perhimpunan berkaitan isu had umur kelayakan mengundi 18 tahun, pembukaan semula Parlimen dan menamatkan darurat di Jalan Parlimen, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya juga menjalankan siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan itu.

"Polis melakukan pemantauan di lokasi perhimpunan pada 6.40 petang dan mendapati kira-kira 90 peserta berkumpul.

"Dalam perhimpunan itu, ucapan diberikan mengenai tuntutan Undi 18 dan juga membuka semula Parlimen serta menamatkan perintah darurat. Terdapat juga plakad bertulisan dipamerkan.

"Berdasarkan semakan mendapati perhimpunan itu diadakan tanpa notis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata, kesemua yang dikenal pasti terbabit dalam perhimpunan itu akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mengadakan perhimpunan tanpa notis.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Mei 2021 @ 6:50 PM