GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Mohamed Farid Noh


Johor Bahru: Kerajaan Johor hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua kakitangan awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, seramai 15,000 kakitangan awam negeri ini akan menerima bantuan khas berkenaan.

"Kerajaan Johor bersetuju untuk menyalurkan bantuan khas Aidilfitri itu sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam.

"Ia akan disalurkan pada akhir bulan ini," katanya pada sidang media selepas meninjau program Pemberian Vaksin Covid-19 Fasa II di Dewan Muafakat Taman Adda, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Kesihatan Johor, Datuk Dr Aman Rabu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 April 2021 @ 11:28 AM