GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Satu lagi kluster pendidikan direkodkan di Kelantan hari ini iaitu Kluster Kampung Pangkal Chuit.

Kluster berkenaan membabitkan pelajar di sebuah maahad tahfiz yang terletak di Kampung Pangkal Chuit yang sehingga ini seramai 27 individu positif Covid-19.

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan menerusi Facebook memaklumkan, kes indeks bagi kluster berkenaan iaitu kes ke 10,605 yang dilaporkan positif Covid-19 pada 23 April hasil saringan individu bergejala.

Katanya, sehingga hari ini, sejumlah 180 individu disaring, yang mana 27 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Difahamkan, maahad tahfiz berkenaan mempunyai lebih 200 pelajar dan kesemua yang positif dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Panji dan Salor sehingga petang tadi.

Terdahulu, Kelantan merekodkan 343 kes baharu positif Covid-19 hari ini iaitu ketiga tertinggi selepas Selangor dan Sarawak.

Selain merekodkan satu kluster, satu kematian turut dilaporkan di Kelantan membabitkan seorang warga emas wanita berusia 84 tahun yang dirawat di Hospital Tumpat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 10:45 PM