Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Gambar hiasan. FOTO Arkib NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 13 kluster baharu membabitkan tujuh kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan satu kluster membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tujuh kluster tempat kerja berkenaan dikesan di Selangor, Sarawak, Pulau Pinang, Kedah dan Labuan.

"Kluster pertama dikenali sebagai Kluster Jalan Rasmi di Selangor; Kluster Hevew Scruciana di Selangor; Kluster Jalan Kingsway di Sarawak; Kluster Bulatan Aman di Sarawak; Kluster Jalan Jelawat di Pulau Pinang; Kluster Delima Baiduri di Kedah dan Kluster Pulau Enoe di Labuan.

"Manakala lima kluster komuniti yang dikesan ialah Kluster Kampung Baru Pasir Putih di Sabah; Kluster Rimbayan di Sabah; Kluster Layar di Kedah; Kluster Emas Bemban di Kedah dan Kluster Jalan Baji di Sarawak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat satu kluster kategori kumpulan berisiko tinggi dikesan di Johor.

"Kluster kumpulan berisiko tinggi ini membabitkan daerah Johor Bahru dikenali sebagai Kluster Lorong Mulia. Kluster ini membabitkan pesakit serta ahli keluarga pesakit di sebuah pusat dialisis yang terletak di Kota Tinggi.

"Terdapat 12 kluster dilaporkan tamat pada hari ini iatu 12 Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Ulu Choh, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan PKNK 3/3, Kluster Parit Haji Khamis, Kluster Taman Mawar, Kluster Pulau Rusa, Kluster Ria Jaya, Kluster Perdana, Kluster Industri Mahkota, Kluster Jalan DPB Lima, dan Kluster Jalan Perubatan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mac 2021 @ 7:16 PM