JENAZAH wanita yang ditembak mati suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
JENAZAH wanita yang ditembak mati suaminya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga. FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Berang: Jenazah wanita yang ditembak suami ketika tidur di rumah mereka di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor pada 1 Mac lalu selamat dikebumikan pagi tadi.

Jenazah mangsa berusia 38 tahun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Telaga di sini jam 5.30 pagi tadi.

Imam Masjid Kampung Telaga, Jusoh Salleh, 64, berkata, van yang membawa jenazah tiba di tanah perkuburan berkenaan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kira-kira jam 4 pagi sebelum proses pengebumian dilakukan segera.

"Pengebumian Allahyarham disegerakan atas permintaan keluarga dan Alhamdulillah urusan dipermudahkan dan berjalan lancar.

"Kami kariah masjid kemudiannya melakukan tahlil ringkas sejurus pengebumian selesai," katanya ketika ditemui di Kampung Telaga di sini, hari ini.

Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa yang masih trauma dengan kejadian berkenaan enggan ditemubual.

Media sebelum ini melaporkan misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang serai.

Lebih memilukan, suaminya yang berusia 43 tahun menjadi suspek utama yang dipercayai menembak isterinya ketika wanita berkenaan tidur di kediaman mereka.

Berita berkaitan

Bunuh isteri: JKM akan mohon penjagaan sementara anak mangsa

Jiranterkejut, sukar percaya

Kesan lebam pada mayat wanita ditembak suami [METROTV]

Polis siasat motif suami penyayang bertukar kejam tembak isteri

Tembak isteri, sumbat dalam tong [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Mac 2021 @ 12:13 PM