Fadil menandatangani buku lawatan di SJR KM 89, Padang Kunyit sempena lawatan Jeneral Turun Padang hari ini, disaksikan Zulkifli (kanan). FOTO Ihsan PDRM.
Fadil menandatangani buku lawatan di SJR KM 89, Padang Kunyit sempena lawatan Jeneral Turun Padang hari ini, disaksikan Zulkifli (kanan). FOTO Ihsan PDRM.
Mohd Rashidi Yusuf


Gerik: Kawalan ketat di seluruh negara dan pintu sempadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran menurun.

Ketua Penolong Pengarah Anti Pemerdagangan Orang/Penyeludupan Migran, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisionar (SAC) Fadil Marsus berkata, PKP yang dikuatkuasakan berikutan pandemik Covid-19, antara lain turut memberi kesan kepada kegiatan jenayah itu.

Katanya, kes berjaya dikurangkan selepas kawalan di sempadan dan sekatan jalan raya (SJR) yang digerakkan lebih aktif di seluruh negara dalam tempoh berkenaan.

"Kita ketatkan kawalan di semua kawasan sempadan supaya tidak ada kemasukan Pati yang kemungkinan akan membawa kemasukan kluster baharu yang cukup kita bimbangkan dan ia turut memberi kesan kepada aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran," katanya.

Beliau ditemui sempena lawatan Jeneral Turun Padang di SJR di Kilometer 89, Jalan Raya Kuala Kangsar-Gerik di Padang Kunyit dekat sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood.

Fadil percaya menerusi operasi yang lebih kerap dan pemeriksaan ketat, jenayah itu dapat dikekang dengan lebih baik.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2021 @ 4:06 PM