Rakaman kesesakan yang berlaku berhampiran Tol Duta, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan LLM
Rakaman kesesakan yang berlaku berhampiran Tol Duta, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan LLM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Beberapa jalan utama untuk masuk ke ibu kota dilaporkan sesak berikutan berlaku pertambahan jumlah kenderaan dan sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan.

Antara jalan yang dilaporkan sesak pada pagi hari ini ialah dari Bukit Lanjan menghala Tol Duta di sini, yang dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer.

Menerusi info trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut dilaporkan trafik perlahan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) iaitu dari arah utara Puchong Utama ke Puchong Intan.

Trafik juga sesak dari persimpangan Jalan Kuching ke Persimpangan Duta dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE).

Sementara itu, di jalan bandaran beberapa jalan utama turut dilaporkan perlahan antaranya di Jalan Kinabalu, Jalan Bangsar, Jalan Tuanku Abdul Halim dan Jalan Raja.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Februari 2021 @ 11:26 AM