GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuching: Kapit dan Song akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Selasa ini selama dua minggu.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, langkah itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 di kedua-dua kawasan tersebut sejak beberapa hari lalu.

"PKP bagi daerah Kapit dan Song akan berkuat kuasa pada 12.01 tengah malam 2 Februari hingga 11.59 malam 15 Februari (14 hari)," demikian menurut JPBN.

Sarawak merekodkan satu lagi kematian akibat jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negeri itu sebanyak 38 kes.

Selain itu, sebanyak 135 kes positif Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 January 2021 @ 6:21 PM