NOTIS pemberitahuan oleh KKM untuk  SK Sultan Sulaiman 1 ditutup selama 14 hari. FOTO Ghazali Kori
NOTIS pemberitahuan oleh KKM untuk SK Sultan Sulaiman 1 ditutup selama 14 hari. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di daerah ini diarahkan ditutup selama 14 hari susulan terdapat kes positif Covid-19 di sekolah berkenaan.

Difahamkan, penutupan dua sekolah itu susulan terdapat beberapa guru disahkan positif Covid-19 menerusi ujian saringan pertama yang dilakukan.

Terdahulu, guru berkenaan dikatakan menghadiri bengkel persiapan mengajar secara atas talian di SK Sultan Sulaiman 1 pada minggu lalu.

Arahan penutupan dibuat mengikut Seksyen 18 (1)(d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu bagi membolehkan kerja-kerja membasmi kuman dan sanitasi dijalankan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani ketika dihubungi mengesahkan penutupan SK Paloh dan SK Sultan Sulaiman 1.

Katanya, SK Paloh ditutup bermula kelmarin hingga 3 Februari depan, manakala SK Sultan Sulaiman 1 ditutup bermula semalam hingga 5 Februari depan.

Terdahulu, proses sanitasi di SK Sultan Sulaiman 1 bermula 10.30 pagi tadi selepas sekolah berkenaan diarahkan ditutup semalam berikutan terdapat lapan kes positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2021 @ 10:18 PM