OPERASI SAR diaktifkan untuk mencari lelaki yang hilang selepas disambar buaya di Sungai Meranek, Samarahan. FOTO Ihsan JBPM

Mohd Roji KawiMohd Roji Kawi

Samarahan: Seorang lelaki hilang selepas disambar buaya ketika memukat ikan di Sungai Meranek, di sini, awal pagi hari ini.

Sumber berkata, mangsa, Azyan Azhar, 28, pergi ke sungai berkenaan pada 3.45 pagi tadi bersama bapanya, Azhar Razali untuk memeriksa pukat dipasang mereka.

Bagaimanapun, pada 4.15 pagi, Azhar kembali ke rumah mereka di Kampung Meranek, di sini dan memaklumkan anaknya disambar buaya.

Jurucakap Pusat Gerakan dan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 6.45 pagi.

Beliau berkata, berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan dengan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, Komander Operasi (KO) mengesahkan kejadian dan mengambil maklumat penuh berhubung kejadian serta menggerakkan aset untuk menjalankan operasi seterusnya membuka Pos Kawalan Bomba (PKB) untuk penyelarasan operasi pencarian.

"Sebelum itu, pencarian dilakukan penduduk kampung sejak awal pagi di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2021 @ 4:30 PM