GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Asrol Awang


Kuantan: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ANIH Berhad memaklumkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sudah boleh dilalui oleh semua kenderaan.

ANIH Berhad dalam kenyataan media hari ini, mengesahkan lorong laju di Kilometer 126.3 antara persimpangan Chenor ke persimpangan Temerloh yang sebelum ini ditutup kerana ditenggelami air dibuka kepada lalu lintas di kedua-dua hala bermula 4 petang ini.

"Ini bermakna semua laluan LPT kini boleh dilalui oleh semua kenderaan.

"Bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu," kata syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

Sehubungan itu, untuk sebarang maklumat pengguna boleh mengikuti laman rasmi media sosial LLM dan ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur.

Pengguna juga boleh menghubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 January 2021 @ 4:58 PM