Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1). Anih Berhad menyarankan pengguna mengikuti Cadangan Jadual Perjalanan (TTA) untuk kembali ke ibu kota.

Pengurus Besar Kanan Anih Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, ini kerana aliran trafik kembali ke Lembah Klang mula menunjukkan peningkatan sejak 3 Mei lalu.

"Kita dapat lihat, jumlah kenderaan yang mula keluar daripada KLK dan LPT1 ke arah Kuala Lumpur mula meningkat.

"Sehubungan itu, kita mengingatkan pengguna untuk tetap mengikuti TTA yang dikeluarkan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran perjalanan mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sejak 29 April hingga 4 petang semalam, jumlah kenderaan di KLK direkodkan sebanyak 1.15 juta, manakala di LPT1 pula mencatat sebanyak 570,398 kenderaan dalam tempoh yang sama.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Bagaimanapun, katanya, keadaan di kawasan Rehat dan Rawar (RnR) dan hentian sebelah di kedua-dua lebuh raya berkenaan terkawal.

"Kami yakin di samping kesediaan petugas kami, kepatuhan kepada TTA pengguna sedikit-sebanyak menyumbang kepada keselesaan semua dalam tempoh itubelum memulakan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan merujuk laman sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANih Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 1-700-818-700.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mei 2022 @ 11:05 AM