Roselan Ab Malek

Maran: Jenazah peneroka terpaksa dibawa menggunakan bot selepas jalan menghubungkan kediamannya di Felda Jengka 3 di sini, terputus akibat banjir.

Menurut sumber, jenazah Azudin Ali yang meninggal dunia di Hospital Bandar Jengka pada 6 pagi tadi dan dibawa pulang ke kediamannya menggunakan bot.

Difahamkan, jenazah bekas Imam Masjid Jengka 3 itu terpaksa dibawa pulang menggunakan bot kerana jalan yang menghubungkan Bandar Jengka-Felda Ulu Jempul dinaiki air.

Jenazah Azudin Ali diusung untuk dibawa ke kediaman di Felda Jengka 3, Maran sebelum dikebumikan selepas solat Asar hari ini. Foto Ihsan Pembaca
Jenazah Azudin Ali diusung untuk dibawa ke kediaman di Felda Jengka 3, Maran sebelum dikebumikan selepas solat Asar hari ini. Foto Ihsan Pembaca

"Jenazahnya dibawa menaiki bot berhampiran Bukit Gajah untuk ke seberang.

"Apabila tiba di Ulu Jempul, jenazah kemudiannya dibawa menaiki kenderaan ke kediamannya di Felda Jengka 3 sejauh enam kilometer," katanya.

Jenazah berkenaan kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 3 selepas solat Asar.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 9:29 PM