Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Muhaamad Hafis Nawawi

Subang Jaya: Lelaki Myanmar yang disyaki menikam kakak iparnya hingga maut di sebuah apartmen di USJ 7 di sini, malam tadi direman seminggu bermula hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Superintendan Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berusia 42 tahun dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini.

Menurutnya, majistret kemudiannya meluluskan permohonan reman selama tujuh hari sehingga 1 Januari ini.

Semalam dilaporkan seorang pekerja kilang maut selepas dipercayai ditikam adik iparnya ketika cuba meleraikan pergaduhan antara lelaki itu dan isterinya.

Dalam kejadian pada 7 malam itu, mangsa yang juga warga Myanmar berusia 45 tahun itu ditikam di belakang badan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki yang mabuk tidak berpuas hati apabila isterinya yang juga adik mangsa tidak menyediakan makanan mencukupi.

Berita berkaitan

Maut ditikam adik ipar

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 12:09 PM