BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di sisi jenazah bondanya Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah untuk disembahyangkan di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. FOTO Bernama

Rafiqah Dahali

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mewakili kerajaan negeri Sabah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah, 87, yang menghembuskan nafas terakhir, semalam.

Hajiji dalam satu kenyataan hari ini turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

"Semoga seluruh keluarga allahyarhamah yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

"Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," katanya.

Allahyarhamah meninggal dunia ketika dalam rawatan di hospital swasta, semalam.

Berita berkaitan

Jenazah Tun Rahah tiba di Masjid Ar-Rahah

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

Tun Rahah, wanita di belakang dua bekas pemimpin nombor satu negara

'Bonda saya sudah tiada' - Najib Razak [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 12:01 PM