Zatul Iffah Zolkiply


Marang: Perintah tahanan reman seorang pengamal perubatan alternatif yang dipercayai mencabul pesakitnya ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Jumaat ini.

Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan perintah reman suspek yang digelar ustaz itu disambung bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Suspek berusia 52 tahun sebelum ini direman selama empat hari bermula Ahad lalu.

Media sebelum melaporkan polis menahan seorang lelaki yang dipercayai mencabul jurujual wanita ketika mendapatkan rawatan perubatan alternatif dalam kejadian di Hulu Terengganu.

Suspek ditahan kira-kira jam 4 petang pada Sabtu lalu di sekitar daerah Hulu Terengganu.

Semalam, seorang lagi wanita berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis yang mendakwa dia dan adiknya dicabul suspek ketika mendapatkan rawatan pada 2018.

PERINTAH tahanan reman seorang pengamal perubatan alternatif yang dipercayai mencabul pesakitnya ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Jumaat ini. FOTO Ghazali Kori
PERINTAH tahanan reman seorang pengamal perubatan alternatif yang dipercayai mencabul pesakitnya ketika mendapatkan rawatan di Hulu Terengganu dilanjutkan selama dua hari lagi sehingga Jumaat ini. FOTO Ghazali Kori

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2020 @ 1:55 PM