KEADAAN banjir di Kampung Pasir Gajah. FOTO GHAZALI KORI
KEADAAN banjir di Kampung Pasir Gajah. FOTO GHAZALI KORI
Zaid Salim


Chukai: Kemaman menjadi daerah terburuk dilanda banjir berbanding Dungun dan Marang. Sehingga jam 8 malam ini, Kemaman mencatatkan jumlah mangsa banjir seramai 1,380 orang membabitkan 337 keluarga yang ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS).

Semua mangsa dari enam kampung iaitu Air Putih, Teladas, Felda Seberang Tayor, Pasir Gajah, Tebak dan Banho.

Berdasarkan laporan dikeluarkan Pengurusan Bencana Negeri, Pusat Pemindahan Pasir Gajah dan Surau Kampung Banho dibuka bagi menempatkan 66 mangsa.

Tujuh lagi PPS ialah Dewan Sivik Kampung Air Putih (383 mangsa), Balairaya Kampung Teladas (459 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Felda Seberang Tayor (242 mangsa) dan Masjid Kampung Batu 16 (57 mangsa).

Masjid Batu 14 di Kampung Tebak menempatkan 16 mangsa dan Dewan Orang Ramai Batu 14,72 mangsa.

Di PPS Surau Haji Othman, mangsa yang ditempatkan di pusat berkenaan meningkat kepada 85 orang.

Dungun mencatatkan penurunan dengan jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 344 mangsa kepada 159 orang.

Semua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Serbaguna Pasir Raja (71 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Shukor (65 mangsa) dan Dewan Serbaguna Kampung Minda seramai 23 mangsa.

Marang kekal dengan 14 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Merchang.

Keseluruhan mangsa yang dipindahkan di seluruh negeri ialah seramai 1,553 orang di 13 PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2020 @ 9:54 PM