JALAN lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan akibat runtuhan sebahagian jalan sepanjang 60 meter berhampiran Kampung Sungai Chetang. FOTO Ihsan JKR Raub
JALAN lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan akibat runtuhan sebahagian jalan sepanjang 60 meter berhampiran Kampung Sungai Chetang. FOTO Ihsan JKR Raub
Roselan Ab Malek

Raub: Jalan lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan akibat runtuhan sebahagian jalan berhampiran Kampung Sg Chetang, di sini, sejak semalam.

Jabatan Kerja Raya Raub dalam kenyataan berkata, runtuhan jalan yang berlaku pada 9.15 malam membabitkan kawasan sepanjang 60 meter.

Katanya, ia disebabkan hakisan dan potensi berlaku runtuhan amat tinggi jika air terus mengalir.

"Jalan Lama Bentong-Raub ditutup mulai 17 November (Selasa) sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak bagi semua jenis kenderaan ekoran kejadian jalan dan tanah runtuh di Seksyen 18.16.

"Laluan Alternatif yang dicadangkan bagi pengguna terutama penduduk Kampung Sang Lee dan Kampung Sungai Chetang ialah melalui Laluan Persekutuan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang (Bentong-Raub)," kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2020 @ 2:01 PM