GAMBAR yang tular.
GAMBAR yang tular.
Samadi Ahmad

Sepang: Kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman berhubung siasatan kes melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Negeri Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, ADUN Pahang itu sudah dipanggil dan keterangannya direkodkan, Selasa lalu.

Katanya, berdasarkan kepada gambar tular itu, terdapat lima individu atau individu keenam yang menjadi saksi dan mengambil gambar berkenaan.

"Kita serahkan kepada PengarahPendakwaan dan sekiranya diarah meneruskan siasatan lanjut kita akansiasat," katanya pada sidang media di Bandar Baru Salak Tinggi, hari ini.

Selasa lalu, Young Syefura hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang bagi memberi keterangan ditemani lima rakannya iaitu dua wanita dan tiga lelaki susulan gambar percutiannya bersama rakan tular dan mengundang kecaman kerana tidak mengamalkan SOP.

Wan Azrul berkata, pihaknya menunggu arahan seterusnya samada ADUN berkenaan akan dikenakan tindakan undang-undang atau sebaliknya.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Berita berkaitan:

  • Young Syefura serah kepada polis tentukan tindakan
  • Young Syefura akan dipanggil sekali lagi
  • Dua laporan polis terhadap Young Syefura
  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 1:06 PM