Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Labuan yang akan tamat Jumaat ini dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober hingga 13 November.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lanjutan itu mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan penduduk.

"KKM masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang dikesan dalam kalangan penduduk di Labuan.

"Atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPB di Labuan selama 14 hari lagi bermula 31 Oktober hingga 13 November ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPB di Labuan.

PKPB di Labuan dilanjutkan selama 14 hari lagi. FOTO BERNAMA
PKPB di Labuan dilanjutkan selama 14 hari lagi. FOTO BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2020 @ 6:12 PM