GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik satu sen seliter manakala harga runcit diesel naik lima sen seliter bagi 17 hingga 23 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya berkata, harga runcit petrol RON97 naik daripada RM1.97 seliter kepada RM1.98 seliter dan RON95 daripada RM1.67 seliter kepada RM1.68 seliter.

"Bagi harga runcit diesel pula naik sebanyak lima sen seliter iaitu daripada RM1.69 seliter kepada RM1.74 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.

Penentuan harga minyak di negara ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 5:00 PM