SUSPEK berusia 36 tahun yang ditahan dan sebahagian dadah yang dirampas dalam sebuan polis di Kampung Bukit Malut. FOTO Ihsan PDRM
SUSPEK berusia 36 tahun yang ditahan dan sebahagian dadah yang dirampas dalam sebuan polis di Kampung Bukit Malut. FOTO Ihsan PDRM
Hamzah Osman

Langkawi: Empat lelaki dipercayai tokan dadah ditahan dalam dua serbuan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, seorang suspek berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Bukit Malut, di sini, pada 2.05 pagi.

"Dalam serbuan itu, polis merampas dadah jenis heroin seberat 5.37 gram (g) dan syabu 0.74 g atas lantai rumah didiami suspek.

"Suspek yang turut mempunyai empat rekod jenayah berkaitan dadah direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ," katanya.

TIGA suspek berusia di antara 23 dan 47 tahun yang ditahan dalam serbuan di Kampung Padang Mengkuang. FOTO Ihsan PDRM
TIGA suspek berusia di antara 23 dan 47 tahun yang ditahan dalam serbuan di Kampung Padang Mengkuang. FOTO Ihsan PDRM

Mohd Iqbal berkata, polis kemudian menahan tiga lelaki berusia 23 dan 47 tahun di sebuah rumah di Kampumg Padang Mengkuang, Mukim Ulu Melaka, di sini, pada 6.57 petang.

"Dadah jenis heroin seberat 19.0 g dan syabu seberat 2.6 g yang disembunyikan dalam beg hitam turut dirampas.

"Polis mendapati dua daripada suspek terbabit mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah. Tiga suspek itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952," katanya.

HEROIN dan syabu yang dirampas dari tiga suspek dalam serbuan di Kampung Padang Mengkuang. FOTO Ihsan PDRM
HEROIN dan syabu yang dirampas dari tiga suspek dalam serbuan di Kampung Padang Mengkuang. FOTO Ihsan PDRM

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 4:53 PM