Buaya sepanjang 4.57 meter yang diletakkan pada bahagian belakang sebuah lori sejurus berjaya ditangkap di Sungai Batang Lassa Daro, hari ini. FOTO ERIKA GEORGE
Buaya sepanjang 4.57 meter yang diletakkan pada bahagian belakang sebuah lori sejurus berjaya ditangkap di Sungai Batang Lassa Daro, hari ini. FOTO ERIKA GEORGE
Erika George


Sibu: Seekor buaya seberat 500 kilogram berjaya ditangkap dua pemburu profesional di Sungai Batang Lassa, Daro hari ini.

Difahamkan reptilia sepanjang 4.57 meter itu ditangkap menggunakan pancing buaya berhampiran kawasan Pangkalan Feri Batang Lassa.

Orang ramai yang menggunakan perkhidmatan feri Daro turut gempar melihat reptilia terbabit yang diletakkan di bahagian belakang lori ketika berada dalam feri terbabit.

Sumber berkata, sang bedal berkenaan akan dibawa ke Kuching untuk tindakan selanjutnya.

Pada 2016, buaya tidak lagi disenaraikan sebagai haiwan liar yang dilindungi seperti yang termaktub dalam Ordinan Hidupan Liar Sarawak 1998.

Kerajaan Negeri Sarawak mengambil pendekatan proaktif dengan membolehkan pemburuan buaya dijalankan oleh pihak yang mempunyai lesen khususnya di kawasan yang sering berlaku antara buaya dengan manusia.

Bagaimanapun, aktiviti pemburuan adalah terkawal dan hanya membabitkan di kawasan mempunyai populasi buaya yang tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2020 @ 4:00 PM