ANTARA individu yang ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya SPRINT di sekitar Lembah Klang, awal pagi semalam. FOTO Ihsan PDRM

Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Tindakan lima lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di tiga lokasi berasingan di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi mengundang padah apabila mereka ditahan polis.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, seramai 20 pegawai dan anggotanya melakukan pemantauan di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT) serta Lebuhraya Persekutuan bermula jam 12 tengah malam hingga jam 3 pagi tadi.

"Hasil pemantauan itu, kami menahan seorang lelaki berusia 34 tahun yang didapati melakukan tunggangan secara berbahaya dari Kilometer 0.1 hingga Kilometer 5 Lebuhraya SPRINT jam 12.40 tengah malam.

"Di lokasi kedua pula, kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 18 tahun yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi Superman dan zig-zag dari Kilometer 14.8 hingga KM 11 Lebuhraya Persekutuan jam 2 pagi.

"Manakala operasi di lokasi ketiga pula, kami menahan dua lelaki masing-masing berusia 19 tahun selepas didapati berlumba haram di Kilometer 11 hingga Kilometer 13 Lebuhraya Persekutuan jam 2.30 pagi," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

ANTARA individu yang ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya SPRINT di sekitar Lembah Klang, awal pagi semalam. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA individu yang ditahan selepas menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya SPRINT di sekitar Lembah Klang, awal pagi semalam. FOTO Ihsan PDRM

Mohd Nadzri berkata, semua suspek yang juga pengawal keselamatan, pekerja kilang, pekerja kedai makan serta penganggur itu dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan Shah Alam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Dalam operasi itu sebanyak 14 motosikal diperiksa dan 48 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan serta menyita sembilan motosikal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Oktober 2020 @ 12:48 PM