FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Seorang penunggang motosikal maut selepas sembilan jam dirawat akibat terbabit kemalangan di Kilometer 1, Jalan Gaung-Teris di Kampung Padang Setengge, Kuala Berang, semalam.

Mangsa, Shamsul Azman Sidek, 36, dari Kampung Padang Setengge, Kuala Berang, meninggal dunia pada 10.10 malam ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri dan tiada lesen memandu serta tidak memakai topi kaledar dikatakan terbabas dan melanggar sebuah dipandu Faziani Othman, 40, dari Kampung Surau Panjang, Atas Tol, Marang, pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, Faziani yang bertugas sebagai guru dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Padang Setenge menghala ke Marang.

"Apabila tiba di tempat kejadian, secara motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu merempuh kereta dipandu Faziani.

"Berikutan rempuhan itu, mangsa parah di kepala dan dihantar ke HSNZ untuk rawatan lanjut dan dilaporkan meninggal dunia pada 10.10 malam," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 7:16 PM