GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah membuka kertas siasatan terhadap dua anggota pasukan keselamatan yang ditahan kerana membawa sejumlah wang dipercayai untuk 'membeli' undi.

Kedua-dua suspek dipercayai berperanan menerima dan mengagihkan sejumlah wang disyaki untuk membeli undi seorang calon parti politik tempatan yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut sumber, kes ini dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada SPRM selepas aduan diterima berhubung perkara itu.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua anggota keselamatan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat Seksyen 17 (a) ASPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Hari ini portal Harian Metro melaporkan kedua-dua suspek ditahan semalam di sekitar Lahad Datu.

Suspek dikatakan menjadi orang tengah untuk memberi wang kepada pengundi yang mengundi awal hari ini.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 3:18 PM