KETUA Bahagian Kesihan JPV Terengganu, Dr Wan A'idah Wan Hashim (tengah) melihat kerbau yang akan diberikan suntikan antibiotik. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
KETUA Bahagian Kesihan JPV Terengganu, Dr Wan A'idah Wan Hashim (tengah) melihat kerbau yang akan diberikan suntikan antibiotik. FOTO Ahmad Rabiul Zulkifli
Ahmad Rabiul Zulkifli


Kuala Terengganu: Sebanyak 58 kerbau Muhammad Syukur Khamis, 15, atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' akan diberikan suntikan antibiotik, hari ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, pemberian antibiotik itu sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan ternakan.

"Hanya itu sahaja usaha yang boleh diambil untuk menyelamatkan baki kerbau yang masih tinggal.

"Suntikan pelalian hawar berdarah (HS) sudah tidak boleh diberikan kerana semua kerbau itu sudah dijangkiti penyakit itu.

"Sekiranya suntikan pelalian HS atau vaksin itu diberikan kepada kerbau yang sudah dijangkiti, ia akan memberikan kesan yang bertentangan serta meningkatkan risiko kematian kerbau berkenaan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Tambahnya, pihaknya sentiasa memantau kerbau di kandang kerbau Khamis Jusoh, 64, dalam memastikan penyakit itu tidak menular ke kawasan lain.

"Segala pergerakan ternakan lembu dan kerbau di kawasan Kampung Serada ke kawasan lain tidak dibenarkan.

"Arahan halangan yang dibuat itu sehingga wabak pulih sepenuhnya," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga memohon semua pihak akur kepada arahan yang dikeluarkan JPV supaya menjauhi kawasan kandang kerbau berkenaan.

"Pihak tidak berkaitan terutama orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan kandang kerbau itu.

"Sesiapa yang melanggar arahan boleh dikenakan tindakan mengikut subsekysen 70 Akta Binatang 1953 (Akta 647).

"Jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tidak melebihi enam bulan," katanya.

Berita berkaitan

Tular tanpa kebenaran keluarga

Tongkol pula mati

'Saya lega dan terharu' - bapa 'Mowgli Malaysia'

9 lagi kerbau 'Mowgli Malaysia' mati pagi ini

'Hari paling sedih dalam hidup saya'

Kandang kerbau Syukur ditutup JPV

5 lagi kerbau Syukur mati [METROTV]

Peminat jumpa 'Mowgli Malaysia' beri sokongan moral

''Syukur kena sabar, ada hikmah tersembunyi' - Menteri Agama'

'Kerbau 'Mowgli' mati kerana hawar berdarah [METROTV]'

'30 kerbau 'Mowgli' mati mengejut [METROTV]'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 12:19 PM