Jalan utama ke Ulu Baram runtuh petang semalam. FOTO MELVIN JONI
Jalan utama ke Ulu Baram runtuh petang semalam. FOTO MELVIN JONI
Melvin Joni


Miri: Kira-kira 20,000 penduduk yang mendiami lebih 30 kampung, dari Kampung Pilah hingga ke Bario, di sini, terputus hubungan apabila jalan perhubungan utama ke Ulu Baram, antara Long Pilah dan Long Miri runtuh.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri, Law Poh Kiong berkata, kejadian dilaporkan penduduk di kawasan terbabit pada 5 petang semalam.

"Runtuhan berlaku di Kilometer 10, Jalan Lapok berhampiran dengan kawasan Long Pilah dan Long Miri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Law berkata, punca runtuhan masih dalam siasatan, namun kejadian berlaku ketika hujan.

Justeru, beliau menasihati mereka yang dalam perjalanan ke Ulu Baram untuk berwaspada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 3:22 PM