MURID menunjukkan cara mengawal kenderaan robotik ketika perasmian bilik khas DELIMa kepada Shafruddin Ali (dua kiri). FOTO ihsan SSTP
MURID menunjukkan cara mengawal kenderaan robotik ketika perasmian bilik khas DELIMa kepada Shafruddin Ali (dua kiri). FOTO ihsan SSTP
Malik Muhamad


SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bintang, Setiu melakar sejarah dalam pendidikan negara apabila mengambil inisiatif mewujudkan kelas Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) sebagai pemacu pendidikan digital.

Lebih menarik kelas khas DELIMa itu yang pertama diwujudkan di negara ini hasil inisiatif diperkenalkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan murid berdaya saing dan hebat dalam pelbagai bidang.

Guru Besar, Zanariah Jaafar berkata, kewujudan kelas itu hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta semua guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

"Tinggi harapan saya semoga kewujudan kelas ini mampu memperkasakan lagi pendidikan khususnya buat warga sekolah ini dalam misi melahirkan murid berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sahsiah," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Kelas DELIMa di sekolah itu, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) KPM, Shafruddin Ali Hussin. Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP) JPNT, Wan MohdZuhaidi Wan Hassan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Julai 2020 @ 6:23 PM