Shamran Sarahan dan Muhaamad Hafis Nawawi dan Nurul Hidayah Bahaudin


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau PKP di kawasan lokaliti jika kes baharu terus meningkatkan di Sarawak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, walaupun terdapat 10 kluster baharu Covid-19 di Sarawak namun setakat ini keadaan terkawal dan sedang menjalankan pengesanan kontak.

Menurutnya, bagaimanapun jika perlu KKM akan mengadakan semula PKPD di kawasan lokaliti atau kumpulan sasar.

"Jika dilihat ketika ini memang ada pertambahan kluster baharu di Sarawak dan tindakan sudah diambil dengan menghantar pasukan KKM untuk menjalankan tindakan di lapangan.

"Kita akan memantapkan dan meningkatkan usaha mengesan kontak kes positif Covid-19 dan jika perlu akan dibuat PKP di kawasan itu namun setakat ini masih dikawal dengan baik," katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2020 @ 6:05 PM