AZMI Senik bertanya khabar murid Tahun Satu ketika waktu rehat sempena pembukaan semula sekolah sepenuhnya pada hari ini. FOTO Malik Muhamad
AZMI Senik bertanya khabar murid Tahun Satu ketika waktu rehat sempena pembukaan semula sekolah sepenuhnya pada hari ini. FOTO Malik Muhamad
Malik Muhamad


"LAMA dah tak makan makanan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) sejak sekolah ditutup pertengahan Mac lalu kerana Covid-19.

"Lagipun makan bersama kawan di dalam kelas lagi selera, terima kasih cikgu," kata murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak (SKKGB), Kuala Nerus, Ainul Mardhiyyah Zulkifli ketika ditemui di sekolah itu, hari ini.

Murid lain yang turut mendapat RMT, Muhammad Danish Qaireen Roszey, 7 berkata, dia gembira kerana dapat makan bersama rakan sekelasnya selepas lebih empat bulan berlalu.

"Gembira dapat makan bersama kawan kerana lama dah tak jumpa. Makanan RMT hari ni pun sedap, 'coco crunch' bersama susu dan buah," kata Danish.

Sementara itu, Guru Besar SKKGB, Azmi Senik berkata, seramai 87 murid yang menerima RMT di sekolahnya akan dihidangkan dengan menu berkhasiat mengikut jadual makanan secara mingguan ditetapkan.

Beliau berkata, pemantauan pada hari pertama persekolahan hari ini mendapati murid RMT dan murid lain teruja dan seronok makan bersama rakan di dalam kelas, sekali gus melepas rindu selepas lama tidak menikmati hidangan berkenaan.

"Kadang-kadang murid lain nak rasa juga makanan RMT ini, mungkin dah biasa makanan di rumah, kebetulan menu hari ini sesuai dengan mereka iaitu 'coco crunch' serta susu dan buah," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2020 @ 9:07 PM