PEMANDU lori tanker lelaki maut setelah lori  dipandu hilang kawalan lalu terjun ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
PEMANDU lori tanker lelaki maut setelah lori dipandu hilang kawalan lalu terjun ke dalam gaung sedalam 20 meter di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi. FOTO Norsyazwani Nasri
Norsyazwani Nasri


PEMANDU lori tangki maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung di Jalan Tatau-Bintulu, pagi tadi.

Mangsa Joshua Suen Kasin, 44, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihak menerima laporan kes itu jam 9.58 pagi dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit dengan bantuan jengkaut dari pihak Pan Borneo yang kebetulan berada berdekatan lokasi kemalangan.

"Setelah berjaya dikeluarkan mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan seterusnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

"Operasi ditamat jam 11.30 pagi dengan bantuan pihak polis," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2020 @ 2:50 PM