GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Norzamira Che Noh


HANYA sembilan kes aktif Covid-19 direkodkan di Selangor sehingga 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan maklumat dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) di Facebook (FB), sembilan kes aktif itu membabitkan lima daerah yang kini masih dalam kategori zon kuning.

Daerah berkenaan ialah Sepang dengan empat kes aktif, Petaling (dua kes) manakala Gombak, Hulu Selangor dan Klang masing-masing satu kes.

Empat daerah lain iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Langat pula bebas daripada wabak berkenaan seterusnya memasuki kategori zon hijau.

Sementara itu, mengikut maklumat dikongsi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di FB, terdapat pertambahan tujuh kes baharu semalam membabitkan kes luar negara.

"Tiada kes tempatan baharu direkodkan bagaimanapun terdapat pertambahan dua kes discaj," katanya.

Secara keseluruhan, Selangor merekodkan 2,508 kes jangkitan Covid-19 yang mana 1,876 daripadanya kes sembuh dengan 24 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Julai 2020 @ 11:04 AM