KEADAAN bot yang terbalik dalam kejadian di perairan kemasin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
KEADAAN bot yang terbalik dalam kejadian di perairan kemasin. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BERNAMA

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) dua lagi mangsa dalam tragedi bot terbalik dan karam Isnin lalu di perairan Bachok, disambung semula pada 7.00 pagi hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pencarian yang memasuki hari kelima hari ini akan diperluaskan ke radius 400 batu nautika persegi.

Katanya, operasi SAR hari ini membabitkan 81 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi, selain daripada bantuan nelayan.

"Pencarian hari ini akan difokuskan pada permukaan laut, dan bermula dititik penemuan mangsa keenam malam tadi serta menghala ke arah Pulau Perhentian.

"Pasukan SAR akan menggunakan 10 aset milik APMM dalam usaha mencari dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu Arman Ismail, 43, dan Che Wadi Bakar, 40-an," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Setakat ini, enam mangsa yang meninggal dunia ditemui sejak operasi SAR dilancarkan Isnin lalu iaitu Mohd Syahrizan Daud, 40-an, Muhamad Zaki Muhamad Nordin, 19, Wan Aminudin Wan Hussin, 60-an, seorang warga Thailand yang hanya dikenali sebagai Pokta, 50-an, Ahmad Syafiq Che Alim, 30 dan Harun Daud, 57.

Seramai 12 daripada 20 mangsa terselamat dalam kejadian kira-kira 8 malam, dengan kesemua mangsa berumur antara 18-60 tahun.

Berita berkaitan

  • Kubur bertanda buat pemancing keenam [METROTV]
  • Bau busuk dorong selaman ketiga
  • OperasiSAR tertumpu di laut
  • Tiga mangsa hilang mungkin hanyut [METROTV]
  • 'Suami tak tenang, masih meracau'
  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2020 @ 9:12 AM