AZHAR antara 12 individu yang terselamat dalam tragedi bot terbalik malam kelmarin kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
AZHAR antara 12 individu yang terselamat dalam tragedi bot terbalik malam kelmarin kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim


TEKONG bot antara 12 individu yang terselamat dalam tragedi bot terbalik di Bachok, kelmarin, sehingga kini masih meracau dan berkali-kali menyatakan kekesalan kerana gagal menyelamatkan mangsa yang meninggal dunia.

Azhar Mat Nisah, 48, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan masih dalam pemantauan pihak hospital berikutan keadaan mangsa yang trauma.

Isterinya, Halifa Mohd Noor, 47, berkata, sehingga kini suaminya belum mampu bercakap dengan tenang mengenai apa yang berlaku.

"Sedih melihatkan keadaan suami yang dalam keadaan emosi tidak stabil. Sekejap-sekejap dia akan menangis sambil berkata rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan rakan yang lemas termasuk awak-awak bot.

"Pihak hospital terpaksa memanggil saya untuk menenangkan suami, namun keadaannya masih tidak stabil selain tidak mampu tidur kerana kejadian yang berlaku itu masih terbayang dalam fikirannya," katanya ketika dihubungi.

Selain Azhar, anaknya, Ikram yang berusia 18 tahun juga masih menerima rawatan di hospital berkenaan kerana tertelan air masin yang banyak sehingga menjejaskan paru-paru.

Mengulas lanjut, Halifa berkata, itu kejadian pertama yang menimpa suaminya sejak puluhan tahun lalu terbabit dengan aktiviti di laut.

"Suami ada berkata kejadian berlaku begitu cepat dan ombak besar menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik.

"Selama berpuluh tahun suami ke laut, inilah tragedi pertama yang menimpanya. Namun saya sentiasa mengingatkan apa yang berlaku adalah takdir Allah, bukannya salah suami," katanya.

Dalam kejadian 8.30 malam kelmarin, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan ribut.

Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan lima individu ditemui meninggal dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43;

Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29.

Tiga lagi yang masih hilang hilang iaitu Harun Daud, 60; Arman Ismail, 43 danChe Wadi Bakar, 40.

Berita berkaitan

  • Tiga masih belum ditemui
  • Tragedi bot terbalik: SAR ditangguh [METROTV]
  • Tragedi bot terbalik: 'Hanya fikir mati'
  • Empat pemancing maut, empat hilang
  • Operasi SAR kesan 4 pemancing diteruskan
  • 'Sempat rayu suami tak ke laut' [METROTV]
  • 'Dia teruja lain macam...'
  • Tragedi bot terbalik: Tiga dirawat di wad masih trauma
  • Tragedi bot terbalik: Firasat ibu jadi kenyataan
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Tragedi bot terbalik: 'Saya berpaut pada pelampung pukat'
  • Tragedi bot terbalik: PDRM guna helikopter kesan bot
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 9:39 AM