GAMBAR hiasan. FOT arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOT arkib NSTP
Mohamed Farid Noh


BANJIR di Johor semakin pulih dengan hanya 177 mangsa terjejas ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan, berkata, dua daerah iaitu Batu Pahat dan Muar masih terjejas banjir walaupun keadaannya semakin pulih dan tidak serius.

"Dua PPS dibuka di Muar menempatkan 145 mangsa daripada 40 keluarga manakala Batu Pahat pula hanya sebuah PPS dengan 32 mangsa daripada tujuh keluarga.

"Kawasan yang masih terjejas banjir adalah di Kampung Sarang Buaya dan Kampung Seri Menanti di Muar manakala Batu Pahat pula membabitkan kawasan Kampung Baru," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Jun 2020 @ 10:42 AM