Mohd Firdaus Ibrahim dan Raja Noraina Raja Rahim

AKTIVITI ziarah dan melawat pesakit di hospital masih diperketatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengehadkan pelawat ke hospital bagi mencegah penularan Covid-19.

Menurutnya, pelawat yang datang ke hospital juga akan disaring terlebih dahulu sebelum dibenarkan melawat pesakit di wad.

"Kita masih memperketatkan lawatan untuk mereka yang ingin menziarah pesakit di hospital kerana kita dapati di hospital banyak jangkitan.

"Jadi mereka yang datang ke hospital, kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM hanya membenarkan individu atau ahli keluarga yang mahu melawat pesakit tenat sahaja memasuki hospital.

KKM hadkan pelawat ke hospital bagi mencegah penularan Covid-19. FOTO Arkib NSTP
KKM hadkan pelawat ke hospital bagi mencegah penularan Covid-19. FOTO Arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2020 @ 6:34 PM