MOHD Nasri tunjuk lapan reban arnab yang dipeliharanya berhampiran rumahnya. FOTO Ramli Ibrahim
MOHD Nasri tunjuk lapan reban arnab yang dipeliharanya berhampiran rumahnya. FOTO Ramli Ibrahim
Ramli Ibrahim


SATE dan rendang arnab yang sedap dimakan hidangan Aidilfitri hingga memberi pendapatan berganda kepada seorang penternak arnab pada perayaan kali ini.

Mohd Nasri Hasan, 52, di Kampung Dusun Durian, Kemubu dekat Kuala Krai, tidak sangka arnab putih baka New Zeland itu yang dipeliharaanya mendapat permintaan tinggi.

Dia mengakui sebelum ini kurang sambutan kerana tidak ramai mengetahui cara memasak daging arnab hingga ada rasa loya selepas memakannya.

Bagaimanapun, katanya, selepas kebanyakan mereka merasai masakan sebenar daging arnab termasuk dibuat sate atau rendang ada nikmat sebenar.

Dia berkata, memang bermula November 2018, menternak arnab itu hanya sebagai hobi sahaja dengan permulaan 24 ekor sebelum meningkat kepada 150 ekor awal tahun ini.

"Arnab cepat membiak dan apabila dah meningkat, saya mula cari pasaran samada dijual daging atau arnab hidup,"katanya ketika ditemui, di rumahnya di Kampung Dusun Durian, hari ini.

Menurut Mohd Nasri, kini dia mempunyai lapan reban arnab dan jika dijual hidup untuk pelihara dengan harga RM400 sepasang.

Katanya, jualan runcit arnab untuk disembelih hanya RM35 sekilogram hingga mendapat pasaran yang menggalakkan tahun ini.

Dia berkata, bukan sahaja pelanggan daripada kampung itu datang membelinya tetapi juga dari daerah lain di Kelantan untuk dibuat sate dan rendang.

"Alhamdulillah, permintaan yang tinggi keatas daging arnab itu memberi peluang kepada saya untuk menternak secara lebih besar lagi dalam masa terdekat ini.

"Saya juga boleh bantu khidmat nasihat kepada mereka yang berminat menternak arnab supaya dapat menafaat kejayaanya,"

katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Mei 2020 @ 10:57 AM