DR Abdul Rahman (tengah) melawat Pasar Nelayan di Vista Tunku PENESA Freshmart. FOTO Nadim Bokhari
DR Abdul Rahman (tengah) melawat Pasar Nelayan di Vista Tunku PENESA Freshmart. FOTO Nadim Bokhari
Mohd Roji Kawi


PERKHIDMATAN tempahan dalam talian menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp disediakan bagi memudahkan orang ramai membeli ikan segar di Pasar Nelayan milik Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) di Vista Tunku, di Jalan Demak, Kuching.

Menteri Muda Pertanian, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, inisiatifitu diperkenalkan PENESA bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bekalan ikan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, tempahan secara dalam talian itu memudahkan orang ramai selain mengelakkan orang ramai bersesak di pasar berkenaan.

“Bagi mereka yang mahu membeli ikan segar, sejuk beku atau barangan basah yang lain, mereka boleh buat tempahan secara dalam talian.

“Mereka hanya perlu datang ke premis untuk mengambil pesanan dan tidak perlu beratur lama untuk urusan pembelian,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke pasar itu, hari ini.

Mengiringi beliau, Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak, Intan Suhaila Othman dan Pengurus Besar PENESA, Hakinah Amer.

Selain hasil laut, Pasar PENESA turut menjual ayam, daging, telur serta keperluan harian yang lain.

Ikan segar yang dijual di pasar iru diperolehi dari nelayan dan peraih di Bako dan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK).

Pasar berkenaan beroperasi pada Isnin hingga Jumaat dari 6 pagi hingga 6 petang manakala Sabtu dari 6 pagi hingga 12 tengah hari.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 4:45 PM